Saturday 23 July 2011

BERSIH PENCETUS HURU-HARA


Peristiwa 9 julai 2011 agenda mencetuskan kembali peristiwa berdarah Negara 13 mei 1969. Pelbagai tragis yang menguris hati rakyat kita. Hanya kerana kepentingan politik, pihak tertentu sangup mengadaikan keselamatan Negara. Adakah ini satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat? Apakah perjuangan sebenar? Dimanakah perjuangan sebenar? Dulu dia yang memperjuangan, namun kini dia lah anjing AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Inikah pemimipin yang kita mahu???

Pakatan pembangkang yang bertopengkan NGO semakin sibuk dengan agenda mereka termasuk menyuarakan pelbagai kenyataan yang berbentuk provokasi bagi memperalatkan rakyat agar turut berhimpunan bersama-sama mereka atas alasan kononnya untuk pilihan raya yang adil dan BERSIH (Bersih). Bodohkah rakyat Malaysia?? Tepengaruh begitu mudah dengan tipudaya pihak pembangkang?? Seakan lembu yang dicucuk hidung yang boleh ditarik kemana saja. dimana maruah bangsa, agama kita?? Sewenangnya dipermainkan begitu saja oleh syaitan yang bertopengkan manusia. 

Semua orang berbohong pada aku!! semua orang cuba jatuhkan aku!! Semua orang fitnah aku!! semua orang dalam dunia ini salah-..ARgghHHhhhhhh!!!!!!  Aku akan bertindak lagi!!!! aku akan pastikan Malaysia ini hancur!!!  …Gamaknya itu la kata kata dalam hati anwar Ibrahim.  

Pelbagai impaknya ke atas masyarakat yang mencakupi pelbagai aspek bukan sahaja dari segi sosial tetapi ia secara tidak langsung dari sudut ekonomi dan penilaian negara di pentas antarabangsa. pihak yang sengaja mahukan huru-hara dan kekacauan diwujudkan lantas menangguk di air keruh demi untuk kepentingan tertentu. Kerosakan, kerugian, kesesakan dan kemusnahan, inikah yang kita mahukan?? Namun inilah yang berlaku dalam perhimpunan bersih 2.0. Inilah permulaan hura-hara dinegara kita. JANGAN MENJADI ANJING PENGKHIANAT NEGARA!!






BERSIH 2.0, JANGAN BUNUH MASA DEPAN KAMI!!!



Begitu ceria wajah2 anak kecil ini dalam meniti arus kehidupan.Tanpa mereka menyedari keamanan yang dimiliki telah dicemari dengan anasir2 yang bakal meragut keharmonian sejagat.


Dahulu mereka hidup aman dan damai,
                       Dahulu mereka memiliki nilai-nilai murni,
Dahulu mereka berpaut pada keadilan,
Kini sukar menelah, meneka dan menebaknya…

Apa yang akan terjadi dengan wajah2 ceria ini jika keamanan mereka tergugat?? Bagaimana jika hilai tawa mereka hilang?? Perlukah kita menyokong perhimpunan “BERSIH” ini??

Pada hari ini Malaysia berada ditangga pertama ASEAN dalam Indeks Keamanan Dunia. Haruskah kita pertahankan kedudukan ini atau membiarkan ia jatuh terjunam? Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa perhimpunan ini lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Sekiranya Himpunan Bersih tidak disekat perarakannya dan proses perarakannya pula diarah mengikut beberapa syarat yang dipersetujui oleh para pemimpin bersih dan pihak polis supaya dipatuhi Bersih dan laluan-laluan ditetapkan sehingga perarakan itu sampai ke lokasi yang dituju (tanpa halangan) dengan disediakan kawalan ketat. Jika diandaikan situasi tersebut memang wujud, akhirnya apakah agaknya yang akan berlaku selepas perarakan itu selesai?  

Mujurlah Malaysia ini mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan melalui undang-undang biasa, ia boleh diselamatkan melalui ISA. Aktiviti kurang ajar yang bertindak secara agresif bercampur emosi dan mencabar keselamatan orang ramai, maka ketika itulah ISA dipergunakan setelah mendapat nasihat daripada pihak keselamatan.



Kini segalanya telah berlaku dan berlalu dengan penuh catatan sejarah pahitnya. Jangan biarkan tangisan kepiluan,rengekkan dan kesengsaraan menghantui kami.

BERSIH 2.0 tiada arah tuju

 BERSIH pemusnah generasi baru


BERSIH...Apa itu bersih...adakah namanya sehebat yang dijangkakan. BERSIH adalah sebuah NGO yang datang kepada SPR untuk menegakkan tuntutannya tetapi ada beberapa tuntutannya yang memerlukan perundangan. Antara beberapa tuntutan BERSIH adalah :::

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1.    Bersihkan senarai undi
2.    Mereformasikan undi pos
3.    Gunakan dakwat kekal
4.    Masa kempen minima 21 hari
5.    Akses media yang bebas dan adil
6.    Kukuhkan institusi awam
7.    Hentikan rasuah
8.    Hentikan politik kotor

Kenapa 8 tuntutan ini perlu ditunaikan sedangkan Malaysia mempunyai perlembagaan yang telah ditetapkan. oleh itu, sebagai  mahasiswa yang professional, perlulah pandai menilai sesuatu keburukan serta kebaikan. Dengan adanya ahli politik yang bijaksana yang mana mereka menggunakan cara yang paling baik untuk berunding dengan BERSIH iaitu dengan menggunakan sikap 'negotiation' dalam menyelesaikan sesuatu isu itu sendiri.


Mereka mengkhianat sultan dengan tidak menghiraukan nasihat sultan dengan mengadakan himpunan haram tanpa menghiraukan akibat terhadap rakyat hanya kerana hanya mahu mengikut emosi mereka semata-mata. mereka menggunakan warna kuning sebagai warna simbol kumpulan mereka tetapi mereka tidak menghiraukan bahawa warna kuning adalah warna diraja. 



Kenapa mahasiswa menentang BERSIH???

- Akan merosakkan imej IPT kerana BERSIH bukannya parti yang berdaftar…

- mahasiswa yang terikut-ikut dgn bersih ini adalah kerana mereka memerlukan duit…

- Mahasiswa percaya adanya agenda tersembunyi disebalik BERSIH yang mahu menghancurkan negara..