Saturday 23 July 2011

BERSIH 2.0, JANGAN BUNUH MASA DEPAN KAMI!!!



Begitu ceria wajah2 anak kecil ini dalam meniti arus kehidupan.Tanpa mereka menyedari keamanan yang dimiliki telah dicemari dengan anasir2 yang bakal meragut keharmonian sejagat.


Dahulu mereka hidup aman dan damai,
                       Dahulu mereka memiliki nilai-nilai murni,
Dahulu mereka berpaut pada keadilan,
Kini sukar menelah, meneka dan menebaknya…

Apa yang akan terjadi dengan wajah2 ceria ini jika keamanan mereka tergugat?? Bagaimana jika hilai tawa mereka hilang?? Perlukah kita menyokong perhimpunan “BERSIH” ini??

Pada hari ini Malaysia berada ditangga pertama ASEAN dalam Indeks Keamanan Dunia. Haruskah kita pertahankan kedudukan ini atau membiarkan ia jatuh terjunam? Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa perhimpunan ini lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Sekiranya Himpunan Bersih tidak disekat perarakannya dan proses perarakannya pula diarah mengikut beberapa syarat yang dipersetujui oleh para pemimpin bersih dan pihak polis supaya dipatuhi Bersih dan laluan-laluan ditetapkan sehingga perarakan itu sampai ke lokasi yang dituju (tanpa halangan) dengan disediakan kawalan ketat. Jika diandaikan situasi tersebut memang wujud, akhirnya apakah agaknya yang akan berlaku selepas perarakan itu selesai?  

Mujurlah Malaysia ini mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan melalui undang-undang biasa, ia boleh diselamatkan melalui ISA. Aktiviti kurang ajar yang bertindak secara agresif bercampur emosi dan mencabar keselamatan orang ramai, maka ketika itulah ISA dipergunakan setelah mendapat nasihat daripada pihak keselamatan.



Kini segalanya telah berlaku dan berlalu dengan penuh catatan sejarah pahitnya. Jangan biarkan tangisan kepiluan,rengekkan dan kesengsaraan menghantui kami.

No comments:

Post a Comment